Sunday, December 5, 2010
Tuesday, September 21, 2010
kita semuanya fakir
Kita adalah hamba yang fakir (miskin) di dalam kekayaan yang kita miliki
Maka bagaimana tidak akan merasa kefakiran itu dalam kefakiran kita
(yakni meski pun kita ada memiliki sesuatu apa pun, namun tetap tidak berubah
bahawa kita sentiasa miskin dan perlu berhajat kepada Ilahi,
lebih-lebih lagi dalam keadaan yang nyata miskin dan fakir)
Jika timbul daripada kita kebaikan, maka itu semata-mata kerna kurnian Allah, dan Allah yang berhak menuntut dari kita, sebaliknya jika terjadi kejahatan daripada kita, maka itu semata-mata keadilan Allah kepada kita, dan Allah tetap berhak menuntut dari kita atas setiap kejahatan yang kita lakuan.
Abang, Laila haillallah
Abang,
Peringatan mu kepada ku
Lai la haillah (Tiada tuhan melainkan Allah)
Peringatan ku kepada mu
La hau la wala quawata illa billahi
Tidak ada daya upaya....
Abang,
hari ini Ilahi menunjukkan kebesaran dan kekuasaan yang
yang tak ternampak oleh mata dan yang tak terlihat oleh hati
Hujan.....
Hanya Allah saja yang tahu bila hujan itu akan turun.
Abang,
Kita semua buta dalam celik, pekak dalam mendengar, tetapi yang amat dahsyat bila kita buta matahati
Semua menyanjung harta, kebesaran, pangkat. Kita cuba untuk tidak melihat kebenaran
Tapi Abang,
Jika kita melihat dengan matahati...
Maka mata ini tidak akan berhenti menanggis
Dan hati ini tidak akan mungkin tenang
Memang payah untuk mempercayai yg ghaib, yang tidak nampak, yang tak boleh disentuh..
Memang payah mencari keyakinan
Tapi bila kita melihat melalui mata hati....lihatlah sekeliling
Setiap yang tercipta pasti ada penciptanya
Ada ciptaan menunjukkan ada pencintaNya
Ilahi
(inilah nukilan utk tatapan abg, jauh abg tidak bermakna jauh dari hati
terlalu banyak yg harus kita pelajari
terlalu singkat masa untuk kita perolehi
terlalu sunyi dunia ini sebenarnya
Cinta
Allah mengasihi hambaNya
Dan Ia telah membuktikan kasihNya
kita diwujudkan didalam agama yang benar
Kita dibangkitkan menunaikan tahajudNya
Kita telah dijaminkan rezeki oleh Nya
telah terbukti kasih Ilahi
dengan nikmat kurnia dan rahmatNya
dan FirmanNya,
Jika hambaku bertanyakan mengenai ku,
Maka katakanlah, Aku dekat
Berzikirlah kamu kepada ku, maka aku akan berzikir kepada mu
Alangkah kasihnya Tuhan kepada kita, maka apakah yang menutup kita kepadaNya
Alangkah dekatnya Tuhan kepada kita,maka mengapa kita jauh kepadaNya
Janji Allah adalah benar, tidak ada keraguan
Jika kamu mengingati Aku. pasti aku mengingati kamu
Bagaimana kasih manusia,
Apakah bukti kasih manusia kepada manusia
Apakah jaminan manusia kepada manusia
Apakah, dia (manusia) akan berkata
Jika kau cinta padaku aku pasti cinta pada mu
Apakah jaminan dia (manusia) jika kau ingat kepada ku aku sentiasa ingat padamu
Cinta manusia tidak mendatangkan apa-apa
dan tidak memberi kepastian atau jaminan
Cinta dan kasih sayang pada manusia hanyalah setitis
jika dibandingkan dengan cinta kasih sayang Ilahi
Sekira aku kehilangan yang setitis ini
Ia tidak akan menjejaskan kehidupanku
selagi yang selautan itu masih
Aku miliki
Thursday, September 16, 2010
Rumah tangga yang tanpa kemarahan, tanpa pergaduhan dan tanpa keluh kesah
Seorang pemuda yang berhati teguh lagi cerdas bila kehilangan sabarnya dia tidak kehilangan permintaan maafnya.
Seorang wanita mengadu kepada ayahnya sambil menangis, "Wahai Ayahku, antara aku dan suami ku adalah masalah kemarin, dia marah dari sebuah ucapan yang keluar dari mulutku, ketika aku mengetahui kemarahannya aku menyesali apa yang aku perbuat dan aku meminta maaf kepadanya, dia tidak mahu berbicara dengan ku dan berpaling wajahnya dari ku. Kemudian aku terus berada di depannya hingga ia tertawa dan kembali kepadaku. Sebelumnya aku sangat takut kepada Tuhanku bila Dia menghukumku atas saat2 di mana aku telah membuatdarahnya membara ketika dia marah"
Ayahnya berkata kepadanya "Wahai Anakku sayang, demi tuhan yang diriku berada didalam gengaman kekuasaanNya, sekiranya engkau mati sebelum suami mu memaafkan mu, tentulah aku pun tidak redha kepadamu, Tahukah engkau bahawa siapa pun wanita bila suaminya marah kepadany, maka dia adalah wanita yang terkutuk, sebagaimana yang disebut di dalam kitab zabur, taura, Injil dan Al-Quran dan diperkeraskan penderitaannya dalam sakaratul maut serta dipersempitkan kuburnya. Maka berbahagianlah wanita yang diredhanya oleh suaminya.
Seorang wanita yang soleh akan menjaga agar selalu dicintai oleh suaminya sehingga tidak mengotori keharmonian keluarga mereka.
Seorang suami telah memberi nasihat kepada isterinya:
Maafkanlah kesalahan ku
nescaya engkau kekalkan cintaku kepadamu
dan jangan engkau bicara
saat kemarahanku sedang memuncak
Jangan sesekali engkau kipaskan kemarahan ku
seperti engkau memukul rebana
kerana sesungguhnya engkau tidak mengetahui
bagaimana sikap orang yang tidak dapat mengawal diri
Jangan engkau banyak mengeluh
kerana ia akan mengikis cinta
dan hati ini akan berubah menolakmu
kerana tabiat hati itu tidak tetap
Sesungguhnya ku lihat cinta dalam had ini
bila berpadu dengan rasa benci
dalam waktu yang singkat rasa cinta itu akan hilang
Ukhti Al Muslimah - Janganlah Bersedih
Panduan Bersandar Bulat Kepada Allah
Setengah dari tanda seseorang itu bersandar diri pada kekuatan amal usahanya, iaitu berkurangnya pengharapan terhadap rahmat kurnia Allah ketika terjadi padanya suatu kesalahan/dosa.
Kalimat: Laa ilaha illallah - Tidak ada Tuhan, bererti tiada tempat bersandar, berlindung, berharap kecuali Allah, tidak ada yang menghidupkan dan mematikan, tiada yang memberi dan menolak melainkan Allah.
Zahirnya syariat menyuruh kita berusaha, beramal sedang hakikat syariat melarang kita menyandarkan diri pada amal usaha itu, supaya tetap bersandar pada kurnia rahmat Allah.
Kalimat: Laa haula wala quwwata illa billahi - Tidak ada daya untuk mengelakkan diri dari bahaya kesalahan dan tidak ada kekuatan untuk berbuat amal kebaikan kecuali dengan bantuan dan pertolongan Allah dan kurnia rahmatNya semata-mata.
Firman Allah: Hanya kerana merasakan kurnia rahmat Allah lah kamu boleh bergembiradan itulah yang lebih baik (berguna) bagi mereka daripada apa yang dapat mereka kumpulkan sendir. (Surah Yunus - 58)
Sedang bersandar pada amal usaha itu bereti lupa pada kurnia rahmat Allah yang memberi taufiq, hidayat kepadanya yang akhirnya pasti ada ujub, sombong, merasa sempurna diri sebagaimana telah terjadi pada Iblis ketika diperintah bersujud kepada Adam,
Iblis berkata:
"Aku lebih baik dari Adam"
Juga telah terjadi pada Qaarun bila ia berkata
"Sesungguhnya aku mendapat kekayaan ini kerana ilmuku semata-mata. (Al-Qashash - 78)
Apabila kita dilarang menyekutukan Allah dengan berhala, batu, kayu, pohon, bintang dan manusia, maka janganlah menyekutukan Allah dengan kekuatan diri sendiri seolah-olah merasa sudah cukup kuat, sempurna dan dapat berdiri sendiri tanpa pertolongan Allah, tanpa rahmat taufiq hidayah dan kurnia Allah.
Sedang kita harus bertauladan pada Nabi Sulaiman as ketika ia menerima nikmat kurnia Allah ketika mendapat istana raja Balqis.
Firman Allah: Ini semata-mata kurniaan Tuhanku untuk menguji padaku, apakah bersyukur (berterima kasih) atau kufur (lupa pada Allah). Maka sesiapa yang bersyukur, maka syukur itu untuk dirinya, dan siapa yang kufur, maka Tuhanku zat yang terkaya lagi pemurah (tidak berhajat sedikitpun dari makhluknya, bahkan, makhluk yang berhajat kepada-Nya" (Surah An-Naml-40)
Terjemahan- Al Hikam
Subscribe to:
Posts (Atom)