Daripada kitab "Munabbihat" yg ditulis oleh Hazrat Hafiz Inbu Hajar rah. Dalam satu majlis bersama2 dgn para sahabat, Rasullullah saw bersabda: "Allah swt menjadikan hatiku menyukai 3 perkara di dunia ini, Wangi-wangian, wanita dan solah yang menjadi penyejuk mata ku"
Hazrat Abu Bakar r.a. berkata "Segala yang disabda tuan itu benar, saya juga menyukai 3 perkara, melihat wajah Rasullullah saw, harta bendaku dibelanjakan untuk Rasullullah saw dan anak perempuan ku dinikahkan dengan Rasullullah saw.
Kata Hazrat Umar r.a. "Benar wahai Abu Bakar, saya juga menyukai 3 perkara, iaitu amr bil ma'aruf (menyuruh berbuat baik), nahi'anil mungkar (mencegah kemungkaran) dan memakai pakaian usang"
Hazrat Uthman r.a. berkata "Segala yang kamu katakan adalah benar, wahai Umar saya juga mgenyukai 3 perkara iaitu memberi makanan kepada orang yang lapar, memberi pakaian kepada orang yang tidak berpakaian dan membaca Al-Quran"
Kata Hazrat Ali r.a. "Segala yang dikatakan oleh kamu adalah benar wahai Uthman, saya juga menyukai 3 perkara,melayan tetamu, berpuasa pada hari yang panas dan memancung kepala musuh".
Pada masa itu Hazrat Jibril a.s muncul lalu berkata, "Saya di hantar oleh Allah swt supaya memberitahu kamu perkara yang akan saya suka jika saya seorang manusia". Baginda saw berkata "Beritahulah" Jibril a.s. berkata "Memimpin orang yang sesat, mengasihi orang yang miskin yang soleh dan membantu orang yang miskin yang mempunyai ramai anak".
Hazrat Jibril a.s. berkata lagi "Allah swt menyukai 3 perkara daripada hambaNya iaitu menggunakan keupayaan diri dan harta pada jalan Allah swt, menanggis kerana kesal atas dosa semasa bertaubat dan bersabar semasa ditimpa kesempitan".
No comments:
Post a Comment