Pages


Friday, September 3, 2010

Renungkan - Sikap Manusia

Hafiz Abu Hajar rah, menulis didalam kitabnya al-Munabbihat tentang satu riwayat daripada Hazrat Uthman r.a. tentang tafsir ayat Al-Quran.
"Dan di bawahnya ada harta simpanan bagi mereka berdua"
Iaitu kisah dua orang anak yatim yang harta simpanan untuk mereka berdua ialah satu papan tulis daripada emas yang tertulis 7 baris ayat yang bererti;-
  1. Aku hairan terhadap sikap orang yang mengetahui bahawa adanya maut tetapi dia masih ketawa.
  2. Aku hairan terhadap sikap orang yang mengetahui bahawa satu hari nanti dunia ini akan binasa tetapi masih terpesona dengan dunia.
  3. Aku hairan terhadap sikap orang yang mengetahui bahawa segala-galanya berlaku mengikut ketetapan Allah swt tetapi masih berduka cita di atas kehilangan sesuatu.
  4. Aku hairan terhadap sikap orang yang yakin bahawa dia akan di hisab di akhirat nanti tetapi dia masih mengumpul harta kekayaan.
  5. Aku hairan terhadap sikap orang yang mengetahui bahawa adanya api neraka tapi masih melakukan maksiat.
  6. Aku hairan terhadap sikap orang yang kenal Allah swt tetapi dia masih mengingatkan yang lain dan lalai mengingatNya.
  7. Aku hairan terhadap sikap orang yang mengetahui adanya syurga tetapi masih mencari keseronakkan dan kemewahan dunia.
Sedikit tambahan dlm setengah naskah yang lain iaitu,
8.   Aku hairan terhadap sikap orang yang menganggap syaitan sebagai musuh tetapi masih mentaatinya.

No comments:

Post a Comment