Pages


Thursday, September 16, 2010

Panduan Bersandar Bulat Kepada Allah

Setengah dari tanda seseorang itu bersandar diri pada kekuatan amal usahanya, iaitu berkurangnya pengharapan terhadap rahmat kurnia Allah ketika terjadi padanya suatu kesalahan/dosa.

Kalimat: Laa ilaha illallah - Tidak ada Tuhan, bererti tiada tempat bersandar, berlindung, berharap kecuali Allah, tidak ada yang menghidupkan dan mematikan, tiada yang memberi dan menolak melainkan Allah.

Zahirnya syariat menyuruh kita berusaha, beramal sedang hakikat syariat melarang kita menyandarkan diri pada amal usaha itu, supaya tetap bersandar pada kurnia rahmat Allah.

Kalimat: Laa haula wala quwwata illa billahi - Tidak ada daya untuk mengelakkan diri dari bahaya kesalahan dan tidak ada kekuatan untuk berbuat amal kebaikan kecuali dengan bantuan dan pertolongan Allah dan kurnia rahmatNya semata-mata.

Firman Allah: Hanya kerana merasakan kurnia rahmat Allah lah kamu boleh bergembiradan itulah yang lebih baik (berguna) bagi mereka daripada apa yang dapat mereka kumpulkan sendir. (Surah Yunus - 58)

Sedang bersandar pada amal usaha itu bereti lupa pada kurnia rahmat Allah yang memberi taufiq, hidayat kepadanya yang akhirnya pasti ada ujub, sombong, merasa sempurna diri sebagaimana telah terjadi pada Iblis ketika diperintah bersujud kepada Adam, 

Iblis berkata:
     "Aku lebih baik dari Adam"

Juga telah terjadi pada Qaarun bila ia berkata
    "Sesungguhnya aku mendapat kekayaan ini kerana ilmuku semata-mata. (Al-Qashash - 78)

Apabila kita dilarang menyekutukan Allah dengan berhala, batu, kayu, pohon, bintang dan manusia, maka janganlah menyekutukan Allah dengan kekuatan diri sendiri seolah-olah merasa sudah cukup kuat, sempurna dan dapat berdiri sendiri tanpa pertolongan Allah, tanpa rahmat taufiq hidayah dan kurnia Allah.

Sedang kita harus bertauladan pada Nabi Sulaiman as ketika ia menerima nikmat kurnia Allah ketika mendapat istana raja Balqis.

Firman Allah:  Ini semata-mata kurniaan Tuhanku untuk menguji padaku, apakah bersyukur (berterima kasih) atau kufur (lupa pada Allah).  Maka sesiapa yang bersyukur, maka syukur itu untuk dirinya, dan siapa yang kufur, maka Tuhanku zat yang terkaya lagi pemurah (tidak berhajat sedikitpun dari makhluknya, bahkan, makhluk yang berhajat kepada-Nya" (Surah An-Naml-40)

Terjemahan- Al Hikam

No comments:

Post a Comment