Pages


Saturday, August 28, 2010

Hadith - Kelebihan Surah Al-Quran (At-Takwir | Al Ikhlas | Al Kafirun |Al Falaq)

Dari Ibnu Abbas r.a. meriwayatkan bahawa Rasullullah s.a.w. bersabda:
(Surah Al-Zalzala) إِذَا زُلْزِلَتِ الْأَرْضُ زِلْزَالَهَا menyamai separuh daripada Al-quran. (Surah Al-Ikhlas) قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ menyamai 1/3 daripada Al-Quran dan (Surah Al-Kafirun) قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ menyamai 1/4 daripada Al-Quran. (HR Tarmizai)
Dari Naufal r.a. berkata Nabi s.a.w. bersabda: 
Bacalah (Surah Al-Kafirun) قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ  kemudian tanpa berkata-kata terus tidur, kerana sesungguhnya surah itu menghindarkan dari syirik. (HR Abu Daud).
Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda:  
Adakah diantara kamu yang tidak berkemampuan untuk membaca 1/3 Al-Quran dalam satu malam.  Mereka menjawap: Bagaimana kami dapat membaca 1/3 Al-Quran?  Nabi s.a.w. bersabda:  قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ  (surah Al-Ikhlas) adalah bersamaan dengan 1/3 daripada Al-Quran. (HR Muslim).
Dari Muaz Ibn Anas Al-Juhanly r.a. meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
Barangsiapa membaca surah al-ikhlas قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ sebanyak 10 kali sehingga tamat akan dibina oleh Allah s.w.t. untuknya sebuat Mahligai didalam syurga.  Umar Ibn Khattab berkata:  Ya Rasullullah! kalau begitu saya akan membaca dengan lebih banyak lagi.  Nabi s.a.w. bersabda: Allah sebaik-baik pemberi ganjaran dan lebih banyak daripada itu. (HR Musnad Ahmad)









No comments:

Post a Comment