Pages


Saturday, August 28, 2010

Wahai Muslimah, dirikanlah solat

Wahai Muslimah, dirikanlah solat seperti yang dituntut.....


Allah s.w.t. berfirman:
إِنَّ الصَّلَاةَ تَنْهَىٰ عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنكَرِ
Ertinya: Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar. (Surah Ankabut:45)


إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآتَوُا الزَّكَاةَ لَهُمْ أَجْرُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ وَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ 
Ertinya: Sesungguhnya orang yang beriman dan beramah soleh dan mengerjakan sembahyang serta memberikan zakat, mereka memperolehi pahala disisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya sesuatu yg tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berduka cita (Al-Baqarah 2:277)



أَقِمِ الصَّلَاةَ لِدُلُوكِ الشَّمْسِ إِلَىٰ غَسَقِ اللَّيْلِ وَقُرْآنَ الْفَجْرِ ۖ إِنَّ قُرْآنَ الْفَجْرِ كَانَ مَشْهُودًا 

Ertinya: Dirikanlah olehmu akan sembahyang, ketika gelincir matahari hingga waktu gelap malam dan (dirikanlah) sembahyang subuh, sesunguhnya sembahyang subuh itu disaksikan (Keistemewaan) (surah Al-Isra 17:78)


Hadith
Dari Abdullah bin Umar r.a. meriwayatkan bahawa baginda Rasullullah s.a.w. bersabda:
Islam diasas diatas 5 tiang, 1-Bersaksikan bahawasanya tiada tuhan yang layak disembah melainkan ALLAH swt dan bersaksikan bahawasany Nabi Muhamammad itu pesuruh Allah swt. 2-Mendirikan sembahyang, 3-Mengeluarkan zakat, 5-,menunaikan haji dan berpuasa di bulan Ramadhan. (HR Bukhari)


Dari Jubair bin Nufair Rahmatullah Alaih meriwayatkan bahawa baginda Rasullullah bersabda:
Aku tidak diperintahkan untuk mengumpul harta dan menjadi seorang peniaga, tetapi aku diperintahkan untuk:  bertasbih dan bertahmidlah kepada Tuhan kamu dan jadilah kamu dikalangan orang-orang yang sentiasa bersujud dan sembahlah Tuhan Mu sehingga datangnya kematian Mu. (Syarah Sunnah-Mishkatul Masabih)

No comments:

Post a Comment