Sabda Rasullullah s.a.w. yang bermaksud:
"Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan dan menjagamaruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka dia dijemput di akhirat supaya masuk syurga mengikut pintu mana yang dia suka (mengikut pilihanya)." Riwayat Ahmad
Begitu besarnya pahala bagi wanita yang berkahwin. Tidak perlu bersusah payah untuk keluar rumah seperti kaum lelaki atau berslogan seperti kebanyakan wanita hari ini. Hanya dengan duduk rumah sebagai seorang isteri dan seorang ibu sudah memperolehi pahala yang banyak. Kalau suami redha dengan perlakuan seorang isteri itu makan akan terus masuk syurga tanpa melalui kesukaran. Nikmat ini tidak akan diperolehi oleh wanita yang menolak perkahwinan kerana dia telah menolak untuk menjadi calon wanita solehan yang berada di bawah naungan suami.
Mentaati perintah suami melibatkan soal pendidikan anak2. Maka segala bersangkutan dengan perkara itu haru diberi perhatian. Hal ini seperti menjaga kesihatan diri dan anak2, menjaga keperluan anak2 dan menunjukkan contoh yang baik kepada anak2. Maka segala perkembangan mengenainya perlu diberi perhatian serius.
Jika semua itu dapat dilakukan oleh semua kaum wanita/ibu maka terjadilah seperti kata perpatah melayu, "Tangan yang mengayun buaian itu boleh mengoncangkan dunia". Darimereka itu lahirlah anak bangsa merdeka dan berakhlak mulia serta bertanggungjawap. Tidak akan lahir tokoh2 yang hebat di dunia ini jika bukan kerana kasih sayang wanita pada anaknya.
Peranan yang besar ini wajib dilaksanakan oleh kaum wanita dengan bersungguh2. Di tangan merekalah penentu generasi pada masa depan sama ada bakal menjadi warga yang berjiwa Islam atau sebaliknya. Atas tanggungjawap itulah mereka layak mendapat jaminan syurga tanpa hisab dan bebas masuk syurga di mana2 pintu yang mereka sukai seperti yang tersebut dalam hadis diatas. Begitulah kemuliaan dan penghormatan yang Allah berikan kepada kaum wanita yang amanah, berjaya menunaikan tanggungjawap sebagai isteri dan ibu kepada anak2nya. Jika setiap kaum wanita berjaya membentuk individu yang beriman, maka sudah tentu suasana masyarakat Islam yang harmoni dan mentaati perintah Allah.
Tajuk seterusnya: PANDUAN WANITA SOLEHAN
No comments:
Post a Comment