- Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesiapa sahaja isteri yang meninggal dunia, sedang suaminya redha terhadap permegiaannya, maka ia akan masuk syurga"
- Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Apabila seseorang isteri telah mendirikan solat 5 waktu dan berpuasa di bulan Ramadhan dan memelihara kehormatannya dan mentaati suaminya maka diucapkan kepadanya masuklah syurga dari mana-mana pintu syurga yang kamu kehendaki".
- Seorang wanita datang ke hadapan Nabi s.a.w. Lalu berkata "Wahai Rasullullah s.a.w, saya adalah wakil kaum perempuan untuk menghadap tuan. Berperang itu wajib oleh Allah s.w.t. keatas kaum lelaki, kika mereka terluka maka mendapat pahala, jika terkorban mereka adalah tetap hidup disisi Allah s.w.t, lagi dicukupkan rezeki (dgn buah-buahan disyurga). Dan kami kaum wanita selalu melakukan kewajipan terhadap mereka (iaitu melayanu mereka dan membantu keperluan mereka) maka apakah kami boleh ikut memperolehi pahala berperang itu". Maka Rasullullah s.a.w. bersabda yang bermaksud "Sampaikan kepada wanita2 yang kamu jumpa bahawa taat kepada suami dengan penuh kesedaran maka pahalanya seimbang dengan pahala perang membela agama Allah s.w.t., tetapisedikit sekali daripada kamu sekelian yang menjalankannya"
- Wajib bagi seorang isteri:
- Merendahkan pandanganya dihadapan suaminya
- Tiada khinat terhadap suaminya ketika ketiadaannya termasuk juga hartanya
- Menunaikan hajat suaminya bila diajak oleh suaminya biarkan sewaktu sibuk atau susah (Rasullullah mentamsilkan walau berada din punggung unta sekalipun)
- Meminta izin suaminya untuk keluar dari rumahnya (Jika keluar rumah tanpa izin suaminya maka dilaknat oleh malaikat hingga ia bertaubat dan kembali)
- Diceritakan dari Rasullullah s.a.w. bahawa baginda bersabda maksudnya: "sesungguhnya semua burung di udara, ikan-iakan dia air dan malaikit dilangit meminta ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya dan sentiasa dalam keredhaan suaminya. Dan sesiapa sahaja di kalangan isteri yang tidak berbakti kepada suaminya maka ia mendapat laknat dair Allah s.w.t. dan malaikat serta semua manusia.
- Sesiapa saja dikalangan isteri yang bermasam muka di hadapan suaminya maka ia dalam kemurkaan s.w.t. sehingga ia dapat membuat suasana yang mengembirakan suaminya dan memohon kerelaannya.
- Aisyah r.a. berkata: "Wahai kaum wanita, seandainya kamu mengerti kewajipan dirimu terhadap suamimu tentu seorang isteri akan menyapu debu dari kedua tapak kami suaminya dengan mukanya"
- Rasullullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Jika seseorang isteri berkata kepada suaminya, tidak pernah aku melihat kebajikanmu sama sekali, maka hancur leburlah pahala amal kebajikkannya"
- Nabi s..a.w. bersabda: "Sesiapa isterinya meminta cerai daripada suaminya tanpa sebab2 yang sangat diperlukan maka haramlah bau syurga ke atasnya".
- Hadith nabi s.a.w. "Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak melihat kepada seseorang isteri yang tidak bersyukur kepada suaminya"
- Nabi s.a.w. bersabda maksudnya: "Urusan pertama yang ditanyakan kepada isteri pada hari kiamat nanti ialah mengenai solatnya dan mengenai usrusan suaminya (apakah dia menjalankan kewajipan terhadap suaminya atau tidak"
- Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:
Perempuan yang berada di neraka ialah: (1) Perempuan yang kotor mulutnya erhadap suaminya: suaminya tiada dirumah ia tidak menjaga dirinya dan jika suaminya bersamanya ia mengherdiknya (2) Perempuan yang memaksa suaminya untuk memberi apa yang di luar kemampuan si suami. (3) Perempuan yang tidak mempuanyai tujuan hidup kecuali makan, minum dan tidur dan ia enggan berbakti kepada Allah s.w.t. dan enggan berbakti kepada suaminya (isteri yang bersifat begini akan dilaknati Allah s.w.t. kecuali bertaubat) (4) Wanita yang tidak menutup aurat (dirinya) dari kaum lelaki dan keluar rumah dengan menampakkan perhiasan dan memperlihatkan kecantikkannya (utk menarik kaum lelaki) - Al-hakim bercerita bahawa seorang perempuan
13. Al-hakim
No comments:
Post a Comment