Di Mekah sahabat mebuat usaha dakwah dan pasa sahabiah juga buat usaha dakwah. Melalui perantaraan dakwah orang lelaki dan perempuan telah menerima Islam. Didalam rumah kaum wanita buat dakwah dikalangan mereka. Setengah dari para sahabiah telah buat pengorbanan melebihi para Sahabat.
Orang yang pertama yang telah korbankan segala hartanay kerana Allah s.w.t. ialah Siti Khadijah r.a . Beliau seorang hartawan. Sabda Nabi saw, "Suatu ketika dunia kufur dan orang yang pertama memeluk Islam ialah Siti Khadijah r.a. Semua orang tidak terima dakwah ku tetapi Khadijah r.a. terima dakwah saya. Sekali Jibrail a.s. turun dan memberitahu pada Nabi saw "berikan khabar gembira kepada Khadijah r.a. di dalam syurga Allah swt telah sediakan satu istana yang begitu indah/mahal" Nabi saw. bersabda, "didunia ini ada dua orang wanita yang terbaik iaitu Siti Mariam dan Siti Khadijah r.a." Paling tinggi sekali mereka korbankan ialah nyawa mereka.
Orang perempuanlah yang pertama mati syahid kerana Allah s.w.t. Sumaidah r.a. ialah wanita pertama syahid kerana Allah s.w.t. Sehingga hari kiamat orang yang syahid kerana Allah s.w.t semua pahala syahid akan diberi juga kepada Sumaiah r.a. Ramai dikalangan para2 Sahabat yang besar2 mendapat hidayat asbab dari sahabiah r.a.
- Saidina Umar r.a. mendapat hidayat asbab adik perempuannya
- Saidina Uthman mendapat hidayat melalui emak saudaranya
- Akramah r.a. mendapat hidayat melalui isterinaya
Begitulah keadaan di Mekah masa itu orang perempuan bersama orang lelaki membuat usaha agama Allah s.w.t. Begitu juga 10 tahun di Madinah mereka telah buat usaha agama. Semangat yang ada pada sahabat r.a. maka begitu jugalah semangat yang ada pada sahabiah r.a.
Sebagaimana para sahabat r.a faham bahawa mereka kena buat usaha nabi s.a.w. maka sebegitu rupa jugalah setiap sahabiah faham. Mereka faham bahawa diri mereka dihantar kedunia ini untuk usaha agama dan fikir sebagaimana baginda berfikir. Sebagai rasa tanggungjawap terhadap agama dan setiap sahabat r.a. maka begitu jugalah rasa tanggungjawap dikalangan para sahabiah r.a. Para sahabiah r.a. faham untuk menegakkan kalimah Allah s.w.t. mereka sanggup mengorbankan harta, jiwa, anak, suami dan segala-galanya.
Fikir untuk korban d jalan Allah swt atau fikir akhirat akan membawa manusia jauh dari api neraka jahanam dan membawa manusia hampir dengan syurga Allah s.w.t. Sekira kita fikir hanya untuk makan/minum, tidur, pakaian, kenderaan, perhiasan dan sebagainya sahaja maka fikir ini tidak ada apa-apa disisi Allah s.w.t. Para sahabiah tidak fikirkan fikir yang macam ini. Oleh itu fikir agama adalah penting untuk dihidupkan dikalangan masturat (perempuan). Kalau orang perempuan tidak libatkan diri mereka dengan usaha agama maka satu golongan yang amat besar sekali telah jauh dari agama Allah s.w.t.
Amalan di dalam rumah sebenarnya dihidupkan oleh orang perempuan. Tarbiah anak-anak sebenarnya dimulakan orang-orang perempuan dirumah. Adalah sangat penting kita kena zihin (bentuk fikir) orang2 perempuan sebagaimana pentingnya orang lelaki kena buat usaha gama dan fikir agama. Apabila para2 isteri tidak merasa diri mereka bertanggungjawap untuk buat usaha agama maka mereka akan membawa masalah kepada suami mereka yang membuat usaha agama. Masalah ini berlaku kerana kita tidak bentukfikiran mereka untuk rasa pentingnya usaha agama ini. Ramai dikalangan orang yang membuat usaha agama ini semakin jauh dari usaha ini kerana isteri menjadi penghalang.
Dalam usaha ini adalah sangat penting kita pupuk dikalangan orang2 perempuan. Orang yang membuat usaha agama mereka kena pastikan isteri2 mereka faham dan fikir usaha agama ini adalah satu usaha yang sangat2 penting. Sahabat r.a. telah bentuk fikir dikalangan isteri mereka. Apabila Hadrat Abu Bakar r.a. berhijrah ke Madinah bersama Nabi s.a.w. beliau tidak tinggalkan apa2 pun di rumahnya. Semua hartanya dibawa. Semasa itu bapanya belum lagi terima Islam. Bapanya yang buta telah bertanyakan pada anak perempuannya "adakah bapa kamu telah tinggalkan apa2 untuk kita sebelum pergi?, anak perempuan Abu Bakar r.a berkata "Wahai datukku, sebenarnya ayah ku telah tinggalkan banyak benda untuk kita di sini", anak perempuan Saidina Abu Bakar r.a. telah ambil ketulan batu dan diletakkan kain diatasnya kemuadia di bawa ketangan datuknya untuk merasa bahawa inilah wang yang telah ditinggalkan oleh ayahnya. Ini berlaku kerana bentuk fikir telah dibentuk bahawa Allah s.w.t yang menjaga kita semua.
Zaman sekarang adalah zaman fitnah dengan sebab itu kita kena buat usaha ini dengan berhati-hati. Kalau kita tidak buat usaha dikalangan kaum perempuan maka usaha kita tidak akan jadi sempurna. Nabi s.a.w telah buat usaha atas dua kumpulan ini iaitu lelaki dan perempuan. Keduadua jenis manusia ini akanmenjadi asbab untuk agama berkembang. Kalaulah dua-dua jenis manusia ini buat usaha agama dengan betul maka dengan cepat Allah s.w.t akan sebarkan hidayat keseluruh alam.
Tajuk seterusnya: WANITA PEMBENTUK GENERASI AHLI SYURGA

No comments:
Post a Comment