Pages


Monday, August 23, 2010

Wahai Muslimah - Jangan Bersedih : Bangunkanlah untuk mu sebuah istana di dalam Syurga

Dari Sesuatu saat ke saat yang lain pasti ada kemudahan
Ku turuti keinginanku, ternyata ia memperhambakanku, Sekiranya aku menerima apa adanya, tentulah aku menjadi orang yang merdeka...!
Perhatikanlah banyak generasi yang telah berlalu. Apakah mereka membawa harta benda mereka? Membawa istana-istana mereka? Pangkat serta kedudukan mereka? Apakah mereka dikuburkan dengan emas dan permata mereka? Apakah mereka pindah ke akhirat dengan kereta mewah mereka?
Bahkan mereka ditelanjangi dari baju dan penutup, di masukkan kain kapan ke liang kufur, kemudian mereka ditanya "Siapakah Tuhan mu? ...Siapakah nabi mu? ... Apa agama mu? ...
Oleh itu bersiap-siaplah dan bekalilah diri mu untuk menghadapi hari itu. JANGAN KAMU BERSEDIH hati atau kecewa kerana kehilangan sesuatu dari harta duniawi, kerana sesungguhnya harta duniawi itu adalah barang yang murah dan pasti lenyap dan tidak kekal, selain amal soleh:
ALLAH berfirman (Surah An-Naml: Ayat 97)
"Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang dia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik dan sesungguhnya kami akan membalas mereka dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka kerjakan"
-Sakit laksana misi yang membawa berita gembira sedang sihat bak hiasan yang mempunyai harganya sendiri-

No comments:

Post a Comment