Pages


Monday, August 23, 2010

Wahai Muslimah - Jangan Bersedih : Anda Mempunyai Segudang Nikmat

"Sesungguhnya Bersama Kesulitan ada Kemudahan"
Kelembutan Allah betapa pun lama masanya terasa bagaikan kerdipan mata bila mata terpejam.
Saudariku, sesungguhnya sesudah kesulitan itu pasti ada kemudahan. Setelah titisan air mata pasti ada senyuman dan setelah malam pasti akan datang siang.  Sesungguhnya awan kelabu kesedihan pasti berlalu, pekat malam kesusahan pasti tersingkap, segala masalah pasti teratasi dan segala bencana pasti akan berakhir dengan izin ALLAH.
Ketahuilah, bahawa sesungguhnya engkau giganjari pahala.  Jika engkau seorang ibu, anak2 mu akan menjadi penyokong islam, pelayan dan penolong agama, jika engkau mampu mendidik mereka dgn pendidikan yg benar. Mereka dlm sujud dan dlm malam2 ibadah mereka.  Sungguh suatu nikmat yg luar biasa menjadi seseorng ibu yg penuh kasih sayang dan kelembutan.
Saudariku, sebenarnya anda mampu menjadi da'iyah (penyeru kebaikan) di kalangan perempuan.  Serulah mereka dgn kalimat yg benar, nasihat yg baik dan penuh hikmah, Ajaklah mereka utk berdialog dan berbincang. Tunjukkan pd mereka sikap yg bersahabat. Dan yg terakhir bimbinglah mereka menuju risalah ALLAH dan RASULNYA yg mulia. 
Betapa byk wanita yg selalu tetap dikenang, kerana menjadi rujukan dlm agama, rasa malu, HIJAB, akhlak yg baik, baik pd tetangga dan taat pd suami. Kisah hudupnya yg harum akan terus diceritakan di majlis2 dan selau ingin ditiru oleh kaumnya.
- Esok akan merekah bunga yang harum baunya mengusir segala KESEDIHAN dan menjadi penghibur hati - 

No comments:

Post a Comment