- Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: "Dan gaulilah mereka (para isteri kamu) dengan cara sebaik-baiknya (AnNisa : 19)
- Dan Allah s.w.t berfirman lagi: "Dan para wanita itu mempunyai hak seimang dengan kewanitaanya menurut cara yang baik akan tetapi para suami itu mempunyai satu tingkat kelebihan atas isterinya.
- Diceritakan dari Nabi s.a.w. bahawa baginda bersabda pada waktu haji wida' (perpisahan) setelah baginda memuji Allah s.w.t. dan menyanjungiNya serta menasihati hadirin yang bermaksud:- "Ingatlah (wahai kaum ku), terimalah pesan ku untuk berbuat baik kepada para isteri. Isteri-isteri itu hanyalah dapat diumpamakan kawanmu yang berada disampingmu, kamu tidak dapat memiliki apa-apa dari mereka selain berbuat baik, kerana kalau isteri-isteri itu melakukan perbuatan keji yang jelas (membangkang atau tidak taat) maka tinggal mereka sendirian di tempat tidur dan pukullah mereka dengan pukulan yang tidak melukai. Kalau isteri itu taat kepadamu, maka janganlah kamu mencari jalan menyusahkan mereka. Ingatlah, sesungguhnya kamu mempunyai kewajipan terhadap isteri-isteri mu dan sesungguhnya isteri-isteri mu itu mempunyai kewajipan terhadap dirimu. Kemudian kewajipan isteri-isteri terhadap diri mu ialah mereka tidak boleh mengizin masuk ke rumahmu orang yang kamu benci. Ingatlah, Kewajipan terhadap mereka ialah bahawa kamu melayan mereka dengan baik dlm pakaian dan makanan mereka".
- Rasullullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Kewajipan seorang suami kepada isterinya ialah suami harus memberi makan kepadanya jika ia makan dan menberi pakaian kepadanya jika ia berpakaian dan tidak boleh memukul mukanya dan tidak boleh memperolok-olokan dia dan juga tidak boleh meninggalkan kecuali di tempat tidur (ketika isteri membangkang)".
- Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesiapa saja seorang lelaki mengahwini perempuan yang mas kahwin sedikit atau banyak, sedangkan dalam hatinya berniat untuk tidak memberikan hak (maskahwin) perempuan tersebut kepadanya, maka ia telah menipunya, kemudian ia meninggal dunia, sedangkan dia belum memberikan hak perempuan tadi kepadanya, maka ia akan mengadap Allah s.w.t pada hari Qiamat nanti dlm keadaan berzina".
- Sabda Nabi s.a.w.: "Sesungguhnya yang termasuk golongan mukmin yang paling sempurna imannya ialah mereka yang baik budi peketunya dan mereka yang lebih hebat dalam mempergauli keluarganya (isteri, anak-anak dan kaum kerabatnya)".
- Sabda Nabi s.a.w.: "Orang-orang terbaik antara kamu sekelian ialah mereka yang baik terhadap isteri. Dan saya adalah orang yang paling baik dari kaum sekelian terhadap isteri".
- Diceritakan dari Nabi s.a.w.: "Barangsiapa yang sabar atas budi pekerti isterinya yang buruk, maka Allah s.w.t memberinya pahala sama dengan pahala yang diberikan Kepada Nabi Ayub a.s. kerana sabar atas percubaannya". Percubaan (ujian Allah s.w.t) ke atas Nabi Ayub a.s. ada empat.
- Habis harta bendanya
- Meninggal dunia semua anak-anaknya
- Hancur badannya
- Dijauhi manusia selain isterinya Rahmah. DAN seorang isteri yang sabr atas budi pekerti suaminya yang buruk akan diberikan oleh Allah s.w.t. pahala sama dengan pahala Asiah isteri Firaun.
- Dianjurkan bagi seorang suami memerintahkan isterinya (mengingatkannya dengan nada halus) dan menafkahinya menurut kemampuannya dan berlaku tabah (jika disakiti oleh isterinay) yang bersikap halus kepadanya dan mengarahnya kejalan yang baik dan mengajarnya akan hukumhukum agama yang perlu diketahui olehnya seperti bersuci, haidh dan ibadahibadah samada yang wajib atau sunat.
- Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: Hai orang-orang yang beriman, jagalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka. Ibnu Abbas berkata: Berilah pengertian agama kepada mereka dan berilah pelajaran akhlak yang baik kepada mereka.
- NAbi s.a.w. bersabda yang bermaksud: Takutlah kepada Allah s.w.t dalam memimpin isteri-isterimu, kerana sesungguhnya mereka adalah amanat yang berada di sampingmu. Barangsiap yang tidak memerintahkan solat kepada isterinya dan tidak mengajarkan agama kepadanya, maka ia telah kianat kepada Allah s.w.t. dan RasulNya.
- Nabi s.a.w. bersabda: Tidak ada seorang yang menjumpai Allah s.w.t. dengan membawa dosa yang lebih besar dari seorang suami yang tidak sanggup memdidik keluarganya.
KESIMPULAN TANGGUNGJAWAP SUAMI.
- Menjadi pemimpin anak isteri dalam rumahtangga.
- Mengajar ilmu Fardhu Ain (wajib atas setiap hamba), kepada anak isteri iaitu ilmu Tauhid, Fiqh dan Tasawwuf.
- Ilmu tauhid diajarkan supaya aqidahnya berbetulan dengan aqidah Ahli Sunnah wal-Jamaah.
- Ilmu Fiqh diajarkan supaya ibadahnya berbetulan dengan kehendak agama.
- Ilmu tasawwuf diajar supaya mereka ikhlas dalm beramal dan dapat menjaga segala amalan mereka daripada dirosak oleh riya' bangga, menunjuk-nunjuk dan lain-lain.
- Memberi makan, minum, pakaian, tempat tinggal dan wang dari usaha (punca) yang halal. Ulama berkata: Sekali memberikan pakaian kepada anak isteri menyukakan hati mereka dan halal makan suami mendapat pahala selama 70 tahun.
- Beri nasihat jika isteri gemar mengumpat, berleter serta melakukan sesuatu yang bersalahan dengan perintah agama.
- Melayan isteri dengan sebaikbaiknya pergaulan.
- Bercakap dengan isteri secara lemah lembut.
- Memaafkan keterlanjurannya tetapi kuat mencemburui tingkah lakunya.
- Kurangkan perdebatan.
- Memelihara maruah mereka.
Tajuk seterusnya: ISTERI DIANGGAP DERHAKA PADA SUAMI
No comments:
Post a Comment