Pages


Saturday, August 28, 2010

Hadith - Kelebihan Surah Al-Quran (Ayatul Kursi)

Dari Ubai bin Kaab r.a. meriwayatkan bahawa baginda Rasullullah s.a.w. bersabda: 
Wahai Aba Mundzir (nama panggilan bagi Ubai bin Kaab), tahukan kamu apakah ayat dari kitabullah yang paling tinggi dan agung sekali?  Aku menjawap:  Allah s.w.t dan RasulNya lebih mengetahui. Kemudian baginda bertanya sekali lagi. "Wahai Aba mundzir, tahukan kamu apakah ayat dari kitabullah yang paling tinggi dan agung sekali? Maka aku menjawap "Ayatul Kursi" Kemudian baginda menepuk dada ku sambil bersabda: "Semoga Allah s.w.t. memberkati ilmu yang ada pada kamu wahai Aba Mundzir"


Dari Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa baginda Rasullullah s.a.w. bersabda:
Setiap sesuatu terdapat keunggulannya. (Paling utama dan istimewa) Keunggulan Al-Quran ialah Surah Al-Baqarah dan didalamnya terdapat satu ayat yang menjadi penghulu kepada semua Al-Quran yaitu Ayatul Kursi. (HR Tamizi)

No comments:

Post a Comment