Lama buka yang ana beli terletak di atas rak tanpa berani untuk ana membuka dan mulai menelitinya... Tajuknya saja sudah mampu membuat ana menanggis ... ini belum lagi membaca dan menghayatinya....
"Menyingkap Tabir KEHIDUPAN ABADI SETELAH KEMATIAN". Ya Allah, ana tidak mampu membacanya apatah lagi menhadapinya. Siksaan Kubur dan Siksaan Neraka.
Kita jarang sekali mengingati kematian, dan seringkali menganggap bahawa kematian itu lambat lagi... semua berfikir bahawa kematian itu datang bila hari tua. (Masih ada masa lagi) Tetapi apakah esok kita akan mati?. Persoalan, cara manakah kita akan mati, sakit, kemalangan...??
Ada keterangan bahawa bumi ini tiap hari berseru sampai lima kali dengan berkata:
- Hai anak Adam, anda berjalan diatas punggungku dan kembalimu didalam perutku.
- Hai anak Adam, anda makan berbagai macam diatas punggungku dan anda akan dimakan ulat didalam perutku.
- Hai anak Adam, anda tertawa diatas punggungku, dan akan menangis didalam perutku.
- Hai anak Adam, anda bergembira diatas punggungku dan akan berduka didalam perutku.
- Hai anak Adam, anda berbuat dosa diatas punggungku, maka akan tersiksa didalam perutku
Wahai muslimah, hayatilah satu persatu ayat itu, tidakkah ayat2 itu menyentuh hati mu. Tidakkah terbayang bagaimana keadaan kita berada didalam "perutnya".
Ya Allah, aku amat geli dgn cacing, aku amat takut dengan kala jengking jangan itu, aku amat fobia dengan lipas... tidak dapat ku bayangkan ketakutan ku berada di dalam liang lahat ku.
nota:
Tajuk Buku
Menyingkap Tabir Kehidupan Abadi Setelah Kematian
Imam Ghazali RAH. A
diterjemahkan oleh: Ust. Drs. Mustafo Sayani.
nota:
Tajuk Buku
Menyingkap Tabir Kehidupan Abadi Setelah Kematian
Imam Ghazali RAH. A
diterjemahkan oleh: Ust. Drs. Mustafo Sayani.
No comments:
Post a Comment