- Apabila dipanggil oleh suami ia tidak datang. Sabda Nabi s.a.w.: "Apabila suami memanggil isteri ketempat tidur, Ia tidak datang nescaya malaikat melaknat isteri itu hingga ke Subuh"
- Membantah suruhan atau perintah suami. Sabda Nabi s.a.w.: "Sesiapa sahaja yang tidak berbakti kepada suaminya maka ia mendapat laknt dari Allah s.w.t. dan malaikat serta manusia".
- Bermasam muka terhadap suami. Sabda Nabi s.a.w.: "Mana-mana perempuan yang bermasam muka dihadapan suaminya bererti ia dalam kemurkaan Allah s.w.t hingga ia semyum kepada suami atau ia minta keredhaannya".
- Jahat lidah/mulut pada suami. Sabda Nabi s.a.w.: "Ada empat golongan wanita yang akan dimasukkan kedalam api neraka, (diantaranya) ialah wanita yang jahat atau kesat lidahnya terhadap suaminya". (Rujukan 4 perkara tersebut: Bab: Tangggungjawap isteri terhadap Suami))
- Membebankan suami dengan permintaan yang diluar kemampuannya.
- Keluar rumah tanpa izin suaminya. Sabda Nabi s.a.w.: "Mana-mana perempuan yang keluar rumahnya tanpa izin suaminya akan dilaknati oleh Allah s.w.t. hingg dia kembali kepada suaminya atau suaminya redha terhadapnya".
- Menghina pergorbanan suami. Maksud hadith: "Allah s.w.t. tidak akan memandang (mempedulikan) pada isteri2 yang tidak berterima kasih kepada pengorbanan suaminya sedangkan dia masih perlukan suaminya"
- Menerima tetama tanpa keizinan suami. maksud hadith: Jangan benarkan masuk kerumahnya melainkan diizinkan oleh suami.
- Tidak mahu menerima tunjuk ajar suami. Maksud Hadith: Isteri yang derhaka hukum perbuatannya berdosa dan boleh gugur nafkahnya ketika itu. Jika ia tidak segera bertaubat dan meminta ampun dari suaminya, nerakalah di Akhirat kelak. Apa yang isteri lakukan terhadap suami semata-mata mendapat keredha Allah s.w.t.
Tajuk Seterusnya: Tanda Wanita yang baik Akhlaknya
No comments:
Post a Comment