Kehadapan kekasih yang ku cintai dan di mulai dengan
Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang.
"Salam dan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad saw, sebanyak bilangan orang yang berselawat kepadanya dan tambahkanlah selawat untuk junjungan Nabi Muhammad saw sebanyak bilangan orang yang tidak berselawat kepadanya dan tambahkanlah selawat kepada junjungan Nabi Muhammad saw sebagaimana Engkau suka dibacakan selawat untuknya dan tambahkanlah selawat untuk junjungan Nabi Muhammad saw sebagaimana yang telah Engkau perintahkan"
Kekasihku di dunia,
Aku menyintai Tuhan ku, Aku Menyintai nabi ku, dan aku bersyukur kepada Allah kerana mengurniakan perasaan cintaku kepada hamba Nya, iaitu kamu. Aku merindui Tuhan ku, Aku merindui Nabi ku, dan aku panjangkan syukurku kepada Allah kerana mengurniakan perasaan rinduku kepada kamu.
Ku panjang kesyukuranku kepada Nya kerana mempertemukan kita setelah sekian lama, dan aku memohon kepada Nya jua agar kita disatukan dibawah nur dan naungan Nya bersama keberkatan dan keredhaan Nya.
Kekasihku di dunia,
Aku sentiasa mengingati pesanan mu dan aku ingin mengingatkan mu akan pesan mu itu dan menjadikan ia sebagai pesan ku kepada mu iaitu : Laila ha illlah, ,
Kekasihku di dunia,
Ingatlah, sungguh, janji Allah adalah benar. Bahawa dunia ini bagaikan setitis air di laut dan selebihnya adalah akhirat. Allah Maha Pengasih, Allah Maha Penyayang, kurnia Nya besar dan tidak terhingga nikmatnNya, Maka marilah kita renungkan bersama.
Kekasih ku didunia,
Aku sentiasa berdoa agar kita tidaklah lalai dan mempersiakan kurnia Nya, dan atas rahmat Nya, maka bersamalah kita melihat dan hayati lah kebesaran dan keagungan Nya, marilah kita sama mendengaran dengan kusyuk akan firman Nya, janji Nya, peringatan Nya, dan janganlah kita lupa mengangungkan dan memuji-muji Nya,
Kekasihku di dunia,
Aku menyintaimu kerana Allah, aku mengasihi mu kerana Allah, dan aku menyayangi mu kerana Allah dan aku merindui mu kerana Allah dan Agama yang ada bersama mu.
Doa ku agar aku kekal menjadi kekasih mu di dunia dan jua kekasih ku di akhirat kelak.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment