Renungkanlah Sabda Rasul, Bukan sudah sampai masa kita kaum Muslimah berada jalan yang diredha Allah. Dunia bagaikan setitis air dilaut, yang selebihnya adalah kehidupan di akhirat.
(Dari sabda Rasulullah s.a.w.)
Dua pertiga ahli neraka adalah wanita :
Wanita yang digantung dengan rambutnya, kerana menampakkan rambut pada lelaki yang diharamkan.
Wanita digantung dengan kaki terikat pada teteknya terus ke ubun-ubunnya dengan ular dan kala memakan daging serta meghisap darahnya kerana tidak bersuci (atau tidak sah bersuci) dari hadas besar serta meringan-ringankan sembahyang.
Wanita digantung dengan teteknya kerana memberi susunya kepada orang lain tanpa izin suaminya.
Wanita digantung dengan kakinya dalam rongkongan api neraka kerana keluar rumah dengan tiada izin suaminya.
Wanita digantung dengan lidahnya serta dituang dengan air panas ke dalam tengkuknya kerana menyakiti suaminya.
Wanita menjadi seperti tubuh keldai, berkepala babi kerana suka mengadu ngadu serta berdusta.
Wanita berbadan anjing kerana suka melaga-lagakan manusia serta dengki mendengki.
No comments:
Post a Comment